+(6) 05-621 5833

info@kimberlux.com

Menu

Akta Perlindungan Data Peribadi

PEMBERITAHUAN PERLINDUNGAN DATA PRIVASI DAN PERIBADI

Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“APDP”)  telah diluluskan oleh Kerajaan Malaysia untuk mengawal pemprosesan maklumat peribadi dalam transaksi komersial. Kami, KIMBERLUX GROUP OF COMPANIES mengiktiraf kepentingan privasi dan data peribadi serta informasi setiap individu (“Data Peribadi”) dan kami komited dalam perlindungan Data Peribadi selaras dengan yang dinyatakan dalam APDP.

Polisi Perlindungan Data Peribadi dan Privasi dari KIMBERLUX GROUP OF COMPANIES dinyatakan dengan jelas untuk menerangkan hak anda dalam APDP dan kami mencadangkan bahawa anda membaca polisi ini dengan teliti.

Pengumpulan Data Peribadi

Data Peribadi bermaksud informasi yang boleh mengenal pasti anda dan merangkumi tetapi tidak terhad kepada maklumat-maklumat peribadi seperti berikut :

a.nama, jawatan dan nama syarikat;
b.umur, jantina, tarikh lahir, nombor kad pengenalan, nombor pasport, gambar;
c.bangsa, asal-usul etnik, kewarganegaraan, kesihatan fizikal dan mental;
d.maklumat kenalan termasuk alamat, alamat email dan nombor telefon;
e.jenis pinjaman yang dimohon berhubungan dengan pembelian harta;
f.butir-butir kewangan dan kredit, nama bank dan lain-lain maklumat perbankan, nombor pengenalan fail cukai, nombor KWSP, nombor PERKESO, sejarah jenayah; dan
g.maklumat lain yang berkaitan dan data yang membolehkan kami memberi perkhidmatan kepada anda.

Tujuan Mengumpul Koleksi Data Peribadi

Data Peribadi anda mungkin dikumpul, disimpan dan/atau digunakan (sama ada secara langsung atau tidak langsung) dan dalam sebarang bentuk termasuk rakaman audio visual dan gambar-gambar, antara lain, bagi tujuan yang berikut:

a.nama dan gambar anda mungkin akan dipaparkan pada laman web KIMBERLUX GROUP OF COMPANIES, penerbitan, surat berita, dokumen- dokumen, amaran, notifikasi, dan bahan-bahan lain yang serupa dengannya;
b.untuk mengoperasi laman web kami dan perisian teknologi maklumat (termasuk koleksi alamat protokol internet dan cookies) termasuk semua aktiviti berkaitan dengan internet;
c.penilaian kredit, penyiasatan kewangan dan latar belakang semasa dan apabila dianggap seharusnya;
d.untuk tujuan lain yang bersampingan atau berkaitan atau berlanjutan dengan tujuan yang dinyatakan di atas.

Sumber Data Peribadi

Kami mengumpul maklumat hanya melalui cara yang sah dan adil, dan bukan melalui cara yang tidak munasabah dan menggangu hak peribadi anda.Dimana mungkin kami akan mengumpul Data Peribadi secara langsung daripada anda, termasuk pada permulaan retainer dan sepanjang perwakilan dari pihak kami.

Kadang-kadang kami mungkin mendapatkan maklumat mengenai anda daripada sumber lain, Data Peribadi yang dikumpul, diproses dan digunakan oleh KIMBERLUX GROUP OF COMPANIES adalah daripada sumber seperti berikut:

a.borang pendaftaran rasmi (sama ada elektronik ataupun dicetak) untuk seminar atau perundingan, langganan surat berita atau sebarang acara promosi;
b.sebarang pertanyaan, e-mel atau surat menyurat yang diterima dari anda untuk memohon maklumat atau membuat pertanyaan;
c.sebarang borang ‘hubungi kami’ yang anda telah mengemukakan melalui laman web kami;
d.dari agensi kerajaan ataupun pendaftaran, sebarang rujukan yang kami mungkin memperolehi daripada pelanggan sedia ada dengan butiran sah peribadi yang dipunyai oleh kami;

Hak untuk Akses dan Pembetulan

Anda mempunyai hak untuk meminta akses kepada Data Peribadi anda dan jika perlu, pembetulan dalam Data Peribadi anda dalam rekod kami. Anda boleh pada bila-bila:

a.meminta akses kepada Data Peribadi anda dalam rekod kami untuk menyemak dan mengesahkan Data Peribadi anda;
b.meminta bahawa kami membetulkan dan memastikan Data Peribadi anda dalam rekod kami adalah yang terkini, jika dijumpa sebarang kesilapan, atau jika maklumat tidak tepat, tidak lengkap atau mengelirukan, atau ketinggalan zaman;
c.meminta untuk mengehadkan atau menghentikan pemprosesan Data Peribadi anda sekaligus;
d.menimbulkan sebarang kebimbangan, pertanyaan atau aduan yang berkenaan dengan pemprosesan Data Peribadi anda;
e.meminta untuk penjelasan untuk polisi dan prosedur yang berkenaan dengan Data Peribadi anda yang dibekalkan kepada kami;

Pendedahan Data Peribadi

Data Peribadi yang dibekalkan kepada KIMBERLUX GROUP OF COMPANIES akan secara umumnya disimpan rahsia namun bagaimanapun anda dengan ini memberi kebenaran dan kuasa kepada KIMBERLUX GROUP OF COMPANIES untuk membekalkan atau mendedahkan Data Peribadi anda kepada kategori parti berikut:

a.kami dan/atau juruaudit pelanggan kami, akauntan atau sebarang institusi kewangan yang berkaitan atau penasihat profesional;
b.kami dan/atau pembekal pelanggan kami, kontraktor, sub-kontraktor atau pembekal perkhidmatan pihak ketiga yang dianggap wajib atau sesuai;
c.pengurusan hartanah pihak ketiga dan syarikat-syarikat agensi hartanah/berhak berkenaan harta yang merupakan hal perkara penglibatan kami;
d.rakan niaga atau penasihat rakan niaga, ejen dan wakil dalam sebarang perundangan dan/atau transaksi komersial, institusi kewangan untuk pemprosesan dokumentasi pinjaman, pihak berkuasa negeri yang berkenaan dan Lembaga Hasil Dalam Negara.

Akibat Penolakan

Apabila Data Peribadi yang dibekalkan adalah sukarela dengan kesuluruhannya, anda tidak mempunyai sebarang kewajipan atau di bawah sebarang duress untuk membuat sedemikian. Namun, dalam keadaan tertentu, apabila ia adalah wajib untuk membekalkan kami dengan Data Peribadi anda, kegagalan untuk membuat demikian mungkin mengakibatkan yang berikut dimana KIMBERLUX GROUP OF COMPANIES tidak akan bertanggungjawab:

a.ketidakupayaan untuk mengekalkan hubungan pelanggan dengan kami;
b.ketidakupayaan oleh pihak untuk memuktamadkan sebarang kontrak dan/ atau perjanjian;
c.ketidakupayaan untuk memaklumkan anda sebarang maklumat yang diminta atau aktiviti pembangunan perniagaan;
d.ketidakupayaan untuk melengkapkan transaksi komersial.

Perlindungan

KIMBERLUX GROUP OF COMPANIES akan menyimpan dan memproses Data Peribadi anda dengan cara yang selamat dan menghalang apa yang tidak dibenarkan dan/atau pemprosesan yang menyalahi undang-undang, sebarang kerugian akibat kemalangan, kemusnahan atau kerosakan kepada Data Peribadi anda. Kami berusaha untuk melaksanakan perlindungan pentadbiran dan keselamatan yang seharusnya serta prosedur yang mengikut APDP untuk melindungi integriti Data Peribadi anda. Pematuhan dengan peruntukan ini akan diperlukan dari semua pihak ketiga yang mungkin mengakses Data Peribadi anda (seperti yang dinyatakan di perenggan 6).

Scroll Up